Saturday, February 21, 2009

Kemelut Politik Perak Darul Ridzuan

Kemelut politik Perak semakin meruncing dan mengugat kestabilan politik dan ekonomi setempat secara khususnya, dan negara secara amnya.

Kegelisahan rakyat melihat krisis Perlembagaan Perak semakin memuncak apabila kerajaan Barisan Nasional (BN) dilihat semakin rakus menggunakan jentera kerajaan untuk memenuhi kehendak nafsu dan cita-cita politik mereka.

Berdasarkan Undang-undang Tubuh Negeri Perak Perkara 16(6) memperuntukkan MB hanya boleh lucut jawatannya melalui 3 cara:

1) Pembubaran DUN.
2) Undi tidak percaya dalam sidang DUN.
3) Meletak jawatan.

Maka dengan ini YAB Dato’ Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin, masih dan mempunyai kuasa sebagai MB Perak.

Penulis bersependapat dengan komen bekas ketua hakim Mahkamah Rayuan NH Chan yang disiarkan dalam tulisannya di Malaysiakini. Sutan Perak sebenarnya telah 'cuai' dan tidak menepati proses undang-undang apabila memecat Menteri Besar Perak Nizar Jamaluddin dan melantik Zambry Kadir sebagai pengganti.

Tindakan Sultan Azlan Shah mengadakan dua pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib tampa kehadiran Dato' Seri Nizar, nyata secara terang-terangan membelakangkan prinsip keadilan.

Sebagai seorang bekas Ketua Hakim yang berpengalaman, Sultan Azlan Shah seharusnya arif bahawa tidak betul baginya untuk memutuskan keputusan dan mengadakan pertemuan dengan hanya sebelah pihak yang berkepentingan, tampa kehadiran pihak yang lagi satu.

Ini berbeza dengan kes keadilan yang lazim di mana kedua-dua pihak mempunyai hak untuk memberi penjelasan. Dalam hal ini, Dato' Seri Nizar terbukti tidak diberi ruang untuk memberi penjelasan.

Seperti Lord Denning nyatakan dalam Metropolitan Properties C0 (FGC) Ltd v. Lannon 1969, 1:Q.B. 577; "Keadilan mesti ditegakkan dengan yakin dan keyakinan akan termusnah apabila manusia yang berfikiran waras berfikir, "Hakim berat sebelah."

Setiap hakim, melainkan dia adalah seorang hakim yang jahat, tahu bahawa perkara yang betul mesti dilakukan adalah perlu mengikut ungkapan yang sering diulang oleh Ketua Hakim Hewart dalam kes Rv. Sussex Justices, ex parte Mc Carthy, " Ia bukanlah sebahagian dari keutamaan, tetapi keutamaan dasar bahawa keadilan bukan saja mesti dilaksanakan, tetapi harus ditunjukkan dan tidak diragukan, serta haruslah terbukti bahawa ianya telah pun dilaksanakan."

Penulis hanya berharap kini agar Sultan Azlan Shah dapat memberikan perhatian dan tindakan terhadap usul-usul yang dipersetujui sebulat suara oleh 27 Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak melalui persidangan yang mencatat sejarah kerana terpaksa diadakan di bawah pokok pada 3 Mac lalu.

-disiarkan kembali selepas disekat oleh SKMM-

1 comment:

ZeAlOuS said...

Inilah akibatnya kalau tidak boleh bezakan yang baik atau buruk walaupun belajar undang-undang dan mempunyai pengalaman sebagai hakim..adakah beliau mempunyai agenda tersendiri?..bak kata pepatah ada udang di sebalik batu..mungkin masing-masing telah berpakat untuk kenakan Dato' Seri Nizar..sipa tahu kan?..mainan politik boleh memanipulasikan kita..yang palsu itu pun boleh jadi benar..tetapi lambat laun kebenaran akan terbongkar jua..