Saturday, April 11, 2009

Aduhai Melayu-ku..

Tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh mahu menyaman Raja Perak seharusnya dilihat dari suatu sudut keadilan demokrasi dan bukan lah dengan hanya berdasarkan nafsu perkauman radikal semata-mata.

Jangan diperguna dan diracun minda kaumku dengan penerapan politik perkauman Umno-BN!!

-disiarkan kembali selepas disekat oleh SKMM-

Istana Mestika Ku Junjung

Berbeza senarionya di Selangor, tindakan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyerahkan kepada kebijaksaan Menteri Besar Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim untuk membuat keputusan berhubung kedudukan dan kontroversi gambar peribadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong; membuktikan baginda sememangnya berkecuali dalam hal ehwal politik, harus dipuji dan dicontohi warga istana lainnya.

Sikap Sultan Selangor ini membuktikan bahawa warga Istana Mestika masih berintegriti dalam kepimpinannya.

Tindakan terdesak pimpinan UMNO, khasnya Khir Toyo, apabila menggunakan isu Elizabeth Wong sebagai bahan politik juga haruslah dipandang serius, dan jika perlu harus dibawa ke Badan Kehakiman untuk rujukan dan pengadilan, kerana ini melibatkan maruah dan imej individu.

Saranan peribadi penulis, usul pengubalan akta berhubung isu pencerobohan hak peribadi dan 'privacy' individu haruslah dihujah kan dengan segera demi mewujudkan kelompok masyarakat yang selamat.

-disiarkan kembali selepas disekat oleh SKMM-

Persidangan Bersejarah

Pada 3 Mac lalu, berlaku persidangan yang mencatat sejarah kerana terpaksa diadakan di bawah pokok, berhadapan Bangunan Perak Darul Ridzuan setelah wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat dihalang oleh polis dari memasuki bangunan itu demi melunaskan tanggungjawab sebagai wakil rakyat untuk menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri tergempar.

Persidangan umpama ini adalah yang pertama bagi mana-mana kerajaan di dunia.

Persidangan yang dipengerusikan oleh Speaker Dewan Perak V Sivakumar, tidak seharusnya dipolitikkan oleh BN kerana dari sudut perundangan yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perak membuktikan wujud keperluan berbuat demikian kerana mereka telah dihalang memasuki Dewan Undangan Negeri di Bangunan Setiausaha Kerajaan Perak.

Antara usul yang diutarakan oleh Adun Teja Chang Lih Kang, ialah:

1) Undi percaya terhadap Menteri Besar Pakatan Rakyat, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.
2) Memohon pembubaran Dun
3) Mengutuk penglibatan campurtangan BN yang memperkudakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan FRU, yang diketuai oleh OCPD Ipoh Azisman Alias untuk menyekat Dun dari bersidang.

Penulis bersependapat seperti Dato' Seri Nizar, yakin bahawa sultan akan mengambil kira harapan dan rayuan rakyat yang mahukan supaya Dun dibubarkan. Setakat ini tinjauan dan pandangan pakar-pakar kesemuanya bersependapat dan bersetuju bahawa jalan terbaik untuk menyelesaikan krisis politik Perak ialah melalui pembubaran Dun, dan membolehkan pilihanraya baru diadakan.

Keputusan Pesuruhjaya Kehakiman, Ridwan Ibrahim yang melarang Speaker Dewan Perak, V Sivakumar mengadakan sebarang sidang Dun harus dikaji kerana ianya bertentangan dengan doktrin prinsip pengasingan kuasa.

Pandangan ini turut dipersetujui oleh Prof Dr Abdul Aziz Bari. Ianya jelas telah melampaui bidang kuasanya di sisi undang-undang. Malah, kedudukan Ridhwan harus dipersoalkan kerana dikatakan bahawa kontrak jawatan beliau telah tamat ketika mengendalikan kes berkenaan. Pengerusi DAP, Karpal Singh turut menyatakan bahawa berdasarkan perundangan, Ridhwan boleh dihadapkan ke Dun Perak untuk diadili kerana bersalah dengan niat menghina Dewan Undangan Negeri.

Presiden Majlis Peguam Malaysia, Dato' Ambiga Sreenivasan turut menegaskan kekebalan Speaker Dun termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak ada akta atau undang-undang lain yang boleh mencabarnya kecuali Perlembagaan Persekutuan itu dipinda dan dipersetujui oleh 2/3 ahli Parlimen.

Dato' Param Coomaraswamy, bekas Presiden Majlis Peguam yang juga pernah berkhidmat sebagai Jurulapor Sekretariat Kebebasan Kehakiman Bangsa-bangsa Bersatu turut berpendapat mahkamah tidak harus campur tangan dalam soal ini dan seharusnya penyelesaian krisis politik Perak ini dikembalikan kepada rakyat untuk pembubaran Dun.

-disiarkan kembali selepas disekat oleh SKMM-

Thursday, April 9, 2009

Daulat Tuanku..

Dari sudut politik penulis, memetik kata penulisan bekas Naib Presiden Umno yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dalam ruangan blog nya pada February 17th, 2009 adalah tepat agar dikembalikan kekebalan Raja-raja Melayu dan Majlis Raja-Raja, selagi ianya tidak melanggari Undang-Undang Persekutuan.

Dimana kuasa mereka untuk membela rakyat? Benarkah tangan dan kaki warga istana diikat dek tali politik BN? Ucapan Daulat dan Ampun Tuanku hanya kepura-puraan dan penghinaan buat mereka sendiri.Benarkah sehingga begitu sekali?

Isu penderhakaan oleh MB Perak, Nizar Jamaluddin hanya diperbesar-besarkan oleh kerajaan pimpinan BN. Isu sebenarnya ialah legitimasi proses pembentukan kerajaan baru Barisan Nasional yang mengambil alih daripada Pakatan Rakyat yang secara terang-terangan tidak sah dari sudut perundangan.

Syor yang diutarakan Tengku Razaligh Hamzah wajar diberi perhatian. Majlis Raja-Raja seharusnya diberikan kuasa dalam pencaturan ‘social welfare’ tanpa berkiblat kan mana-mana parti politik atau dikawal oleh Badan Eksekutif dan hanya berjunjungkan kepentingan rakyat semata-mata.

Daulat Tuanku..

-disiarkan kembali selepas disekat oleh SKMM-