Saturday, April 11, 2009

Istana Mestika Ku Junjung

Berbeza senarionya di Selangor, tindakan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyerahkan kepada kebijaksaan Menteri Besar Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim untuk membuat keputusan berhubung kedudukan dan kontroversi gambar peribadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong; membuktikan baginda sememangnya berkecuali dalam hal ehwal politik, harus dipuji dan dicontohi warga istana lainnya.

Sikap Sultan Selangor ini membuktikan bahawa warga Istana Mestika masih berintegriti dalam kepimpinannya.

Tindakan terdesak pimpinan UMNO, khasnya Khir Toyo, apabila menggunakan isu Elizabeth Wong sebagai bahan politik juga haruslah dipandang serius, dan jika perlu harus dibawa ke Badan Kehakiman untuk rujukan dan pengadilan, kerana ini melibatkan maruah dan imej individu.

Saranan peribadi penulis, usul pengubalan akta berhubung isu pencerobohan hak peribadi dan 'privacy' individu haruslah dihujah kan dengan segera demi mewujudkan kelompok masyarakat yang selamat.

-disiarkan kembali selepas disekat oleh SKMM-

1 comment:

ZeAlOuS said...

Betul..isu politik dengan istana adalah dua cabang yang berbeza..andai politik mencampuri hal-hal istana habislah..bergantung pada situasi..lagipun politik di Malaysia ini kotor..Semuanya hipokrit semata.mata..Orang atasan hanya mementingkan kroni mereka sahaja..Orang bawahan juga tertindas..di mana keadilannya??..